Toksik
Persekitaran toksik di kawasan pekerjaan bukan sesuatu yang asing. Kalau dibaca karangan orang lain mengenai pekerjaan mereka, topik ini memang tidak dapat lari. Pelbagai sebab yang boleh menyebabkan persekitaran toksik. Ade disebabkan oleh bos, budaya cara keeja, mahu pun dari rakan sekerja. Dan memang kita tidak akan tahu yang kita berada di persekitaran toksik sehjngga kita membiatvkeputusan untuk keluar daripada persekitaran itu. Dan dalam kisah saya, saya mengambil masa setahun untuk sedar semua ini. Kisahnya, saya berkawan dengan seseorang, pada mulanya ia baik, saya menyukai dan menyenanginya. Kami pergi makan bersama-sama, membeli belah bersama sama, malah dia akan membawa makanan yang dibuatnya untuk menjamu kami makan. Namun keadaan berubah apabila saya ingin menggunakan khidmat pertolongannya. Dan setelah itu keadaan berpusing 360 darjah. Semenjak itu, dia akan bersikap menyindir, memandang rendah saya. Kadang kala saya berasakan mungkin betul apa yang dikatakannya. Mun...