Toksik

 Persekitaran toksik di kawasan pekerjaan bukan sesuatu yang asing. Kalau dibaca karangan orang lain mengenai pekerjaan mereka, topik ini memang tidak dapat lari. Pelbagai sebab yang boleh menyebabkan persekitaran toksik. Ade disebabkan oleh bos, budaya cara keeja, mahu pun dari rakan sekerja.

Dan memang kita tidak akan tahu yang kita berada di persekitaran toksik sehjngga kita membiatvkeputusan untuk keluar daripada persekitaran itu. Dan dalam kisah saya, saya mengambil masa setahun untuk sedar semua ini.

Kisahnya, saya berkawan dengan seseorang, pada mulanya ia baik, saya menyukai dan menyenanginya. Kami pergi makan bersama-sama, membeli belah bersama sama, malah dia akan membawa makanan yang dibuatnya untuk menjamu kami makan.

Namun keadaan berubah apabila saya ingin menggunakan khidmat pertolongannya. Dan setelah itu keadaan berpusing 360 darjah.

Semenjak itu, dia akan bersikap menyindir, memandang rendah saya. Kadang kala saya berasakan mungkin betul apa yang dikatakannya. Mungkin saya memang bersikap begitu. Saya berasa agak muram dan murung kerana saya merasakan sesuatu yang tidak kena pada saya.

Keadaan bertambah teruk apabila saya dianggap tidak bertanggungjawab. Itu menjadi titik tolak saya nekad untuk tidak bertegur sapa lagi. Saya keseorangan, saya ingat hari pertama selepas itu, saya menangis di dalam tandas , malah saya bertugas atas panggilan hari itu dan ada tugasan petang. Selesai tugasan itu, saya merasakan seolah olah kehadiran saya tidak dingini dan mereka mempelawa saya untuk pulang ke rumah saya hari itu.

Saya bertindak untuk tidak bertegur sapa selama sebulan sebelum saya membuat keputusan untuk bertukar tempat kerja. Saya menangis mengenangkan keputusan itu tetapi saya solat istikharah supaya saya tetap dan reda dengan keputusan itu.

Sebulan berlalu, saya dapat tahu kawan saya yangblain menjadi mangsa seterusnya. Sedangkan mereka berdua berkawan rapat sebelumnya. Walauoun saya sangsi mungkin mereka sekadar berpur pura untuk mengetahui keadaan saya tetapi saya biarkan sahaja.

Di tenpat baru, saya sedar yang apa yang saya fikirkan selama ini hanyalah pemikiran yang tidak benar, saya mampu merubah diri untuk menjadi seorang yang lebih baik.

Comments

Popular posts from this blog

If I Were Not A Doctor

Isu House Officer Di buli, salah siapa? Situasi di O&G Part 1