Isu House Officer Di buli, salah siapa? Situasi di O&G Part 1

 Kini, isu doktor perubatan siswazah aaka house officer/houseman kembali di mata media. Sebenarnya isu-isu yang berputar dalam kalangan house officer bukan isu yang baru, boleh katakan setiap medical officer ataupun, pegawai perubatan yang telah melalui housemanship akan mengatakan housemanship mereka bukan mudah. Setiap orang akan ade liku-liku dia.

Sama ada seseorang itu akan berjaya mengharungi housemanship tanpa extension (perlanjutan) atau pun ada yang perlu melalui extension. Ataupun mereka yang akan dibuli, ataupun mendapat masalah psikiatri seperi kemurungan, bipolar, seterusnya menyebabkan berlakunya pemikiran untuk membunuh diri (suicidal thought).

Saya ingin memberikan contoh apa yang berlaku kepada saya sepanjang tempobh housemanship saya pada tahun 2017-2019. Dan persekitaran saya. Tidak perlukan pendahuluan mengenai saya ataupun di mana saya melakukan latihan, kita terus kepada apa yang berlaku sepanjang housemanship saya. Mungkin apa yang di baca boleh dikatakan kesilapan saya sendiri, namun, reaksi dari persekitaran menentukan bagaimana cara penerimaan seseorang. Sama ada untuk terus berputus asa ataupun teruskan housemanship.

Saya bermula housemanship posting pertama di jabatan 0&g, kata orang, jabatan yang malignant ataupun sukar. Dua minggu merupakan tempoh tagging di mana competency kita dilihat oleh para medical officer, namun, hari pertama saya di situ, saya telah ditengking oleh salah seorang MO disitu. Dan atas kesilapan saya, sepanjang hari tu, dia memberi arahan kepada saya untuk tidak melakukan apa-apa. Saya beralih pula ke patient assessment centre (PAC) di mana saya berjumpa dengan pesakit mengenai sebab2 mereka datang ke hospital, namun plan yang saya berikan tidak diterima oleh MO. Saya cuba menanyakan rakan house officer yang sebaya, namun bantuan mereka masih tidak mencukupi, para medical officer masih tidak berpuas hati dengan saya.

Setiap hari, pergi ke kerja, mahupun kembali pulang dari kerja , saya akan diiringi dengan tangisan. Sedih mengenangkan situasi saya. 

Saya mengharungi dua minggu tagging. Dan saya mula oncall, oncall saya yang pertama ialah di dalam wad, saya manjaga ibu-ibu mengandung yang berisiko tinggi. Pada penghujng waktu dalam 6 pagi ke 7 pagi, terdapat satu pesakit yang tidak stabil, dan perlu pembedahan kecemasan ceasar. 

Namun, pada hari seterusnya saya mendapat arahan bahawa saya tidak menjalankan tugas dengan betul maka saya tidak dibenarkan melalui oncall. Malah mereka memberi cadangan untuk saya berada di PAC sahaja dan tidak dilibatkan di tempat lain ( ada klinik, wad, dewan pembedahan, PAC, high risk dan labour room.

Akhirnya, mereka memutuskan untuk meletakkan saya di sebuah wad yang stabil. Di sini, tiada pakar yang akan melakukan rondaan melainkan mempunyai kes yang perlu di rujuk atau pun tidak. Dan MO yang menjaga wad pula ialah mereka yang menyenangi saya, tidak memarahi sewenangnya. Saya duduk di wad tersebut dalam sebulan, tanpa oncall. House officer yang datang menjaga bersama , mereka sering bertukar tempat melainkan saya. Malah jururawat juga sudah mengenali saya. Jururawat, harus saya katakan, jikalau ada yang jenis meninggikan suara, itulah sikap mereka. Jangan kita mengharapkan mereka akan berubah. 

Kadang kala apa yang saya fikirkan, saya kita ditengking, itu ialah urusan orang tersebut, itu sikap mereka dan mereka patut segan dengan sikap mereka dan jadikan teladan untuk tidak menjadi seperti mereka.

Walaupun saya merasakan saya melakukan yang terbaik, MO akan tidak puas hati terhadap kita. Untuk house officer akan ada ketua yang bertugas untuk menyusun jadual dan menerima maklum balas terhadap house officer. Dan saya rasa ketua HO saya banyak kali cuba back up saya, kerana mereka percaya saya mempu melakukan kerja dengan baik namun sering tidak dipersetujui oleh MO. Sehingga dia sendiri tidak tahu apa yang patut dibuat.

Saya pernah menjaga klinik untuk ibu-ibu di usia awal kandungan yang mengandungi masalah kehamilan. Di sini juga saya tidak disenangi oleh MO. Dan boleh dikatakan, mereka antara kumpulan MO yang tersendiri. Saya tidak dibenarkan untuk bekerja dengan mereka. Dan setiap kali saya berada dengan mereka, mereka akan mengarahkan saya untuk bertukar tempat. Saya mengharungi persekitaran sebegini selamai 6 bulan lamanya.

Akhirnya pada suatu masa saya dibenarkan untuk oncall kembali, saya menjaga labour room, dan pada satu malam itu, saya bertindak untuk menghantar mesej pesanan ringkas kepada MO untuk memberitahu perkembangan pesakit, namun ia menjadi isu besar dalam jabatan sehingga saya perlu menulis surat kepada pakar atas tindakan saya. Ia menyebabkan saya trauma untuk menggunakan teks kepada MO untuk waktu terdekat namun, apabila ada MO membenarkan untuk menggunakan teks untuk berhubung saya menjadi kekok dan memerlukan saya untuk menyesuaikan kembali.


Comments

Popular posts from this blog

If I Were Not A Doctor

Toksik